Pengenalan dan Latar
belakang Pejabat Daerah dan Tanah Kg. Gajah (PDTKG)
Pejabat
Daerah dan Tanah Kampong Gajah merupakan nadi pusat pentadbiran daerah kecil
yang bertanggungjawab keseluruhannya dalam hal-hal pentadbiran am daerah,
perayaan-perayaan rasmi, perancangan, penyelarasan pembangunan projek-projek
pembangunan dan projek-projek pembangunan luar bandar serta penguatkuasaan
undang-undang dan peraturan tanah.
Pejabat
Daerah dan Tanah Kampong Gajah ini dibuka secara rasminya pada 20 Ogos 1988
bersamaan hari sabtu 7 Muharram 1409 Hijrah.
Ianya dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarultahu-Lahu Shah iaitu Sultan bagi
Negeri Perak. Pada 2 Januari 2002,
secara rasminya Pentadbiran ini telah berpindah ke Kompleks Pentadbiran baru.
Pertadbiran
utama daerah kecil ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kampong Gajah. Walau
bagaimanapun Pegawai Daerah Perak Tengah yang berpejabat di Seri Iskandar
adalah Ketua Jabatan dan membuat keputusan penting sebagai statusnya selaku
Pentadbiran Tanah. Ketua Penolong
Pegawai Daerah dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Daerah dan Penolong
Pentadbiran Tanah. Bagi menjalankan
peranan serta tanggungjawab, pentadbiran ini di bahagikan kepada
bahagian-bahagian seperti Bahagian Pentadbiran, Kewangan, Teknikal, Pendaftaran
dan Pembangunan Luar Bandar (PLB).
Bahagian
pentadbiran terbahagi kepada 4 unit, iaitu unit Am, Unit Perkhidmatan, Unit
Kewangan dan juga Unit Rancangan Perumahan Awam (RPA). Unit Am bertanggungjawab
di dalam surat-menyurat, majlis-majlis keraian dan juga kerja-kerja pentadbiran
yang berkaitan dengan jabatan. Unit Perkhidmatan bertanggungjawab di dalam
menguruskan perkhidmatan kakitangan seperti perlantikan pegawai baru,
pengesahan dalam jawatan, kemasukkan skim pencen, peperiksaan, kenaikkan gaji
dan juga hal-hal berkaitan pembayaran gaji kakitangan, pembelian barang-barang
pejabat, caruman KWSP, penyediaan belanjawan jabatan serta menguruskan asset/
inventori jabatan. Unit Rancangan Perumahan Awam (RPA) pula menguruskan kutipan
ansuran perumahan awam, menguruskan bayaran balik deposit RPA dan menguruskan
bayaran tunggakkan/sekaligus.
Bahagian
tanah pula terbahagi kepada 4 unit iaitu unit hasil, unit pendaftaran, unit
teknikal dan unit pelupusan. Unit hasil bertanggungjawab dalam membuat kutipan
bayaran cukai hasil tanah, bayaran premium tanah dan mencetak bil-bil hasil
tahunan. Selain itu juga, unit hasil juga bertanggungjawab didalam membuat
penyeimbangan akaun hasil bagi setiap tahun. Unit pendaftaran bertanggungjawab
mengurusan geran tanah hakmilik, urusan pindah milik tanah gadaian, melepaskan
gadaian tanah, proses permohonan geran hilang dan menguruskan proses bicara
kuasa. Proses bicara kuasa ini berlaku didalam mahkamah tanah. Unit teknikal pula
bertanggungjawab didalam kerja-kerja ukur tanah, sempadan tanah, membuat pelan
tanah, membuat penguatkuasaan dan terlibat didalam kerja-kerja rondaan bahan
batu. Unit yang terakhir didalam bahagian tanah ialah unit pelupusan. Unit
pelupusan bertanggungjawab didalam proses permohonan tanah individu, tanah
rancangan dan juga tanah pertanian. Selain itu juga, unit pelupusan
bertanggungjawab didalam membuat pewartaan bagi setiap premis bangunan
kerajaan.
Bahagian
yang terakhir ialah pembangunan Luar Bandar (PLB). Bahagian Pembangunan Luar Bandar(PLB)
bertanggungjawab didalam menguruskan projek-projek luar Bandar seperti
pembinaan surau, dewan orang ramai, jalan-jalan kampong, menguruskan pembayaran
projek dan menguruskan pembinaan Projek Perumahan Rakyat Miskin di samping
memantau pembangunan atau projek luar Bandar.
Semua
bahagian didalam Pejabat Daerah dan Tanah Kg. Gajah mempunyai fungsi-fungsi
tertentu di dalam melaksanakan tugasan masing-masing. Di samping itu juga, ia selaras dengan visi
dan misi jabatan supaya prestasi jabatan sentiasa cemerlang dan terbaik sebagai
sebuah jabatan kerajaan.
Logo
Logo Negeri Perak |
Profil PDTKG
Nama Pendaftaran
Pejabat Daerah dan Tanah Kg. Gajah
Alamat
Kompleks pentadbiran daerah,
36800 Kampung Gajah,
Perak Darul Ridzuan.
Cawangan
Kg. Gajah, Perak
No. Telefon
05-6311244 / 05-6313081
No. Faksimili
05-6311863
Visi dan Misi PDTKG
VISI
Menjadikan Daerah Kecil Kg. Gajah Sebagai
Pusat Institusi, Pertanian, Perindustrian Dan Pelancongan Di Samping
Mengekalkan Kualiti Alam Persekitaran Semulajadi dan Imej Sejarah.
MISI
Menjadikan Pejabat Daerah dan Tanah Kampong
Gajah sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri beridentiti terunggul kearah
memudahkan perkhidmatan dan mengembirakan kepada masyarakat daerah dan
pelanggan-pelanggan.
Aktiviti PDTKG
i. Menyelesaikan permohonan semua lesen-lesen
dalam tempoh 14 hari.
ii. Mempunyai kaunter bayaran termasuk kutipan
hasil yang dibuka mengikut jadual sekurang-kurangnya masa waktu pejabat.
iii. Mendaftar dengan serta merta semua permohonan
tanah yang lengkap.
iv. Memastikan bil-bil cukai tanah dihantar
kepada tuan-tuan tanah sebelum 1hb. Januari setiap tahun.
v. Menyelesaikan permohonan tukar syarat tanah
pertanian kepada pertanian dalam tempoh 1 bulan.
vi. Menyampaikan maklumat mengenai dasar,
strategi dan program-program kerajaan dengan jelas dan tepat kepada golongan
sasar.
vii. Melaksanakan, mengawasi dan menyiapkan
projek-projek pembangunan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh peruntukan
diluluskan.
Halatuju
organisasi
Mewujudkan Pentadbiran Daerah dan Tanah yang kemas, cekap dan berkesan untuk kepentingan, keharmonian dan keselamatan rakyat ke arah pencapaian matlamat dasar pembangunan nasional.
Mewujudkan Pentadbiran Daerah dan Tanah yang kemas, cekap dan berkesan untuk kepentingan, keharmonian dan keselamatan rakyat ke arah pencapaian matlamat dasar pembangunan nasional.
Merancang
dan melaksanakan program pembangunan dan sosio ekonomi serta menyelaraskan
aktiviti-aktiviti pembangunan bagi jabatan dan agensi kerajaan selaras dengan
dasar pembangunan nasional dan wawasan 2020.