Thursday 24 October 2013

Pengenalan

Pengenalan dan Latar belakang Pejabat Daerah dan Tanah Kg. Gajah (PDTKG)


Pejabat Daerah dan Tanah Kampong Gajah merupakan nadi pusat pentadbiran daerah kecil yang bertanggungjawab keseluruhannya dalam hal-hal pentadbiran am daerah, perayaan-perayaan rasmi, perancangan, penyelarasan pembangunan projek-projek pembangunan dan projek-projek pembangunan luar bandar serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan tanah.


Pejabat Daerah dan Tanah Kampong Gajah ini dibuka secara rasminya pada 20 Ogos 1988 bersamaan hari sabtu 7 Muharram 1409 Hijrah.  Ianya dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarultahu-Lahu Shah iaitu Sultan bagi Negeri Perak.  Pada 2 Januari 2002, secara rasminya Pentadbiran ini telah berpindah ke Kompleks Pentadbiran baru.


Pertadbiran utama daerah kecil ini ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah Kampong Gajah. Walau bagaimanapun Pegawai Daerah Perak Tengah yang berpejabat di Seri Iskandar adalah Ketua Jabatan dan membuat keputusan penting sebagai statusnya selaku Pentadbiran Tanah.  Ketua Penolong Pegawai Daerah dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Daerah dan Penolong Pentadbiran Tanah.  Bagi menjalankan peranan serta tanggungjawab, pentadbiran ini di bahagikan kepada bahagian-bahagian seperti Bahagian Pentadbiran, Kewangan, Teknikal, Pendaftaran dan Pembangunan Luar Bandar (PLB).

Bahagian pentadbiran terbahagi kepada 4 unit, iaitu unit Am, Unit Perkhidmatan, Unit Kewangan dan juga Unit Rancangan Perumahan Awam (RPA). Unit Am bertanggungjawab di dalam surat-menyurat, majlis-majlis keraian dan juga kerja-kerja pentadbiran yang berkaitan dengan jabatan. Unit Perkhidmatan bertanggungjawab di dalam menguruskan perkhidmatan kakitangan seperti perlantikan pegawai baru, pengesahan dalam jawatan, kemasukkan skim pencen, peperiksaan, kenaikkan gaji dan juga hal-hal berkaitan pembayaran gaji kakitangan, pembelian barang-barang pejabat, caruman KWSP, penyediaan belanjawan jabatan serta menguruskan asset/ inventori jabatan. Unit Rancangan Perumahan Awam (RPA) pula menguruskan kutipan ansuran perumahan awam, menguruskan bayaran balik deposit RPA dan menguruskan bayaran tunggakkan/sekaligus.


Bahagian tanah pula terbahagi kepada 4 unit iaitu unit hasil, unit pendaftaran, unit teknikal dan unit pelupusan. Unit hasil bertanggungjawab dalam membuat kutipan bayaran cukai hasil tanah, bayaran premium tanah dan mencetak bil-bil hasil tahunan. Selain itu juga, unit hasil juga bertanggungjawab didalam membuat penyeimbangan akaun hasil bagi setiap tahun. Unit pendaftaran bertanggungjawab mengurusan geran tanah hakmilik, urusan pindah milik tanah gadaian, melepaskan gadaian tanah, proses permohonan geran hilang dan menguruskan proses bicara kuasa. Proses bicara kuasa ini berlaku didalam mahkamah tanah. Unit teknikal pula bertanggungjawab didalam kerja-kerja ukur tanah, sempadan tanah, membuat pelan tanah, membuat penguatkuasaan dan terlibat didalam kerja-kerja rondaan bahan batu. Unit yang terakhir didalam bahagian tanah ialah unit pelupusan. Unit pelupusan bertanggungjawab didalam proses permohonan tanah individu, tanah rancangan dan juga tanah pertanian. Selain itu juga, unit pelupusan bertanggungjawab didalam membuat pewartaan bagi setiap premis bangunan kerajaan.

Bahagian yang terakhir ialah pembangunan Luar Bandar (PLB).  Bahagian Pembangunan Luar Bandar(PLB) bertanggungjawab didalam menguruskan projek-projek luar Bandar seperti pembinaan surau, dewan orang ramai, jalan-jalan kampong, menguruskan pembayaran projek dan menguruskan pembinaan Projek Perumahan Rakyat Miskin di samping memantau pembangunan atau projek luar Bandar.



Semua bahagian didalam Pejabat Daerah dan Tanah Kg. Gajah mempunyai fungsi-fungsi tertentu di dalam melaksanakan tugasan masing-masing.  Di samping itu juga, ia selaras dengan visi dan misi jabatan supaya prestasi jabatan sentiasa cemerlang dan terbaik sebagai sebuah jabatan kerajaan.


Logo 


Logo Negeri Perak




Logo Pejabat Daerah Perak Tengah

Profil PDTKG


                             Nama Pendaftaran

                             Pejabat Daerah dan Tanah Kg. Gajah


                             Alamat

                             Kompleks pentadbiran daerah,

                             36800 Kampung Gajah,

                             Perak Darul Ridzuan.


                            Cawangan

                            Kg. Gajah, Perak


                            No. Telefon

                            05-6311244 / 05-6313081


                            No. Faksimili

                            05-6311863





                  Visi dan Misi PDTKG

VISI

Menjadikan Daerah Kecil Kg. Gajah Sebagai Pusat Institusi, Pertanian, Perindustrian Dan Pelancongan Di Samping Mengekalkan Kualiti Alam Persekitaran Semulajadi dan Imej Sejarah.


MISI

Menjadikan Pejabat Daerah dan Tanah Kampong Gajah sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri beridentiti terunggul kearah memudahkan perkhidmatan dan mengembirakan kepada masyarakat daerah dan pelanggan-pelanggan.



Aktiviti PDTKG

                                      i.      Menyelesaikan permohonan semua lesen-lesen dalam tempoh 14 hari.

                                     ii.      Mempunyai kaunter bayaran termasuk kutipan hasil yang dibuka mengikut jadual sekurang-kurangnya masa waktu pejabat.

                                    iii.     Mendaftar dengan serta merta semua permohonan tanah yang lengkap.

                                   iv.      Memastikan bil-bil cukai tanah dihantar kepada tuan-tuan tanah sebelum 1hb. Januari setiap tahun.

                                    v.       Menyelesaikan permohonan tukar syarat tanah pertanian kepada pertanian dalam tempoh 1 bulan.

                                   vi.      Menyampaikan maklumat mengenai dasar, strategi dan program-program kerajaan dengan jelas dan tepat kepada golongan sasar.

                                  vii.      Melaksanakan, mengawasi dan menyiapkan projek-projek pembangunan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh peruntukan diluluskan.



Halatuju organisasi

Mewujudkan Pentadbiran Daerah dan Tanah yang kemas, cekap dan berkesan untuk kepentingan, keharmonian dan keselamatan rakyat ke arah pencapaian matlamat dasar pembangunan nasional.


Merancang dan melaksanakan program pembangunan dan sosio ekonomi serta menyelaraskan aktiviti-aktiviti pembangunan bagi jabatan dan agensi kerajaan selaras dengan dasar pembangunan nasional dan wawasan 2020.